Thursday, July 19, 2012

Demam

Sejak kebelakangan ini .. aku asyik demam aja .. xpernah lagi aku hidup sihat normal .. hahahaha .. balik dari training dekat penang .. asyik demam demam demam .. adoiyai .. nak cakap maen panas .. xpun .. duk dalam aircond jer .. keje pun dalam aircond .. nak cakap gaji banyak tu .. xde la .. setakat lepas isi perut ni jer .. hmmm ... rasa mcm .. nak ke hospital pun ada .. biar kena tahan wad .. syok jugak .. xyah g keje .. tp sakit la kena cucuk jarum tiap2 hari ...
cukup lah untuk petang ini .. esok kalau aku ada idea .. aku update lg kekekekeek

Pagi Yang Indah Dan Kesejukkan Di Ofis

Salam dan selamat pagi kepada semua follower aku kehkehkehekhekhekeh .. walaupun pagi ni hujan lebat .. aku tetap sampai di ofis tepat pada waktunya .. kalau kan selalu 15 minit dah sampai ofis .. tapi hari ni dengan hujan lebat dan jalan yg basah ditambahkan lagi kereta bersepah2 di jalanan .. membuatkan aku sampai di ofis 5 minit kul 9 khakhakahkahak .. apa pun xboleh la kalau dkt KL ni .. nasib la aku xnaek kete .. kalau naek kete .. kompem tengahari baru sampai ... ok la ..cukup lah utk pagi yg indah lagi sejuk ini .. semoga aku akan update status yg akan datang  ..

Wasalam

Wednesday, July 18, 2012

Selagi nadi masih berdenyut

Read And Think .. If This Happen To You!

“MELIHAT imbasan sinaran-X yang ditunjukkan doktor kepada saya, bahagian otak Puteri Amira Sahirah bagaikan ‘sarang anak-anai’ yang berlubang di sana sini.

“Sukar mempercayainya, tetapi enggan menolak ketentuan Ilahi, saya pasrah dengan ujian dan dugaan dari-Nya,” ujar Hazilina Abdul Ghani, 40.

Ujian buat Hazilina dan suami, Abu Sufian Mashood, 44, tidak berakhir di situ apabila sekali lagi menerima perkhabaran duka daripada doktor yang menyatakan jangka hayat anaknya itu tidak panjang.

“Tetapi siapa sangka, Puteri yang menjangkau usia tiga tahun masih bernafas dengan tenang sehingga ke hari ini walaupun tidak mampu berbuat apa-apa melainkan terbaring saja setiap masa.


“Walaupun keadaannya tidak banyak berubah, tubuhnya sudah kembali berisi sekalipun santapan hariannya sekadar bubur nasi dan minum susu,” ujar Hazilina ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang, Jalan Sungai Lembing, Kuantan, baru-baru ini.

Ibu kepada tujuh anak itu berkata, setiap saat selepas anaknya didiagnosa menghidap penyakit “multiple cerebral abscess” atau kepala membesar kerana mengandungi cecair termasuk nanah, dia tidak pernah berenggang dengan Puteri.

“Hari dilalui selama tiga tahun ini begitu mencabar naluri keibuan saya. Puteri ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak pernah walau sesaat saya alpa kerana apa saja boleh berlaku. Ada ketika, tangannya kejang dan pada masa lain pula, bahagian kepalanya menjadi panas walaupun Puteri tidak demam,” katanya.

Hazilina tidak pernah menduga Puteri yang mesra dengan panggilan kakak itu akan mengalami penderitaan yang sukar dimengertikan sesiapa. Puteri yang lahir normal pada 31 Julai 2009 dengan berat 2.5 kilogram itu pada mulanya membesar seperti bayi normal lain sehinggalah dia berusia dua bulan apabila berat badannya turun mendadak selepas demam dan muntah berterusan.

“Tidak mahu tahap kesihatannya merosot, kami membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapatkan rawatan dan mengenal pasti punca keadaannya.

“Selepas seminggu dirawat dan ujian dilakukan, doktor mengesahkan kepala Puteri mengandungi cecair bercampur nanah menyebabkan kepalanya membesar sehingga mengganggu sistem saraf otaknya,” katanya.

Hazilina berkata, saat anaknya berjuang untuk terus bernafas dalam kesakitan sehingga tubuhnya hanya tinggal kulit dan tulang dengan berat badan menurun sehingga dua kilogram, dia terpaksa ‘mengenepikan’ hak enam lagi anaknya yang turut menagih kasih seorang ibu.

“Mujur anak-anak memahami situasi adik kesayangan mereka, malah kerap bertanya mengapa adik mereka tidak seperti kanak-kanak lain.

“Paling menyedihkan apabila abangnya (Mohd Aminuddin Khairi, 11) kerap bertanya bila Puteri boleh bercakap dan berjalan. Dia akan terus mencari Puteri sekembalinya dari sekolah dan bercakap-cakap dengan adiknya walaupun tiada sebarang reaksi,” katanya.

Lima lagi abang Puteri ialah pasangan kembar, Mohd Nor Azmin dan Mohd Nor Azman, 22, Mohd Nor Amran, 18, Mohd Nor Alif, 14, dan Mohd Amir Razan, 7.

Berikutan penyakitnya itu, Puteri terpaksa menjalani dua kali pembedahan bagi membuang cecair di kepala selain terpaksa menjalani rawatan secara berkala di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dulu mereka terpaksa berulang-alik ke HKL setiap dua bulan namun tempoh itu dikurangkan kepada setiap enam bulan selepas anak bongsunya itu menunjukkan perkembangan positif. Begitupun, susulan di HTAA masih dilakukan dalam tempoh enam bulan selain merujuk terus ke hospital jika tahap kesihatan anaknya itu terganggu.

Hazilina juga tidak lupa membawa anaknya berubat menggunakan kaedah rawatan tradisional dan sentiasa mencari penawar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.

Dia juga tetap menaruh harapan untuk melihat anaknya sembuh dan bercakap seperti rakan sebaya.

Walaupun terbaring lesu, Puteri yang lemah anggota badan sebelah kiri tetap boleh melihat dan mendengar dengan baik. Saat menyendiri, Hazilina kerap memujuk hatinya untuk menerima Puteri biarpun anaknya yang dilahirkan sempurna dan normal itu tidak mampu menjalani kehidupan seperti biasa.

“Pernah terdetik di hati saya sedikit perasaan kecewa, hampa dan sedih kerana hanya sempat melihatnya membesar seperti biasa dalam tempoh dua bulan saja.

“Siapa yang tidak gembira apabila dikurniakan cahaya mata perempuan selepas enam anak semuanya lelaki.

“Rasa gembira itu hanya Tuhan yang tahu tetapi Dia penentu segala-galanya dan saya perlu terima hakikat ini dan pasrah dengan pemberiannya,” akuinya.

Bukan sedikit keperitan dan kesulitan yang dilalui pasangan suami isteri miskin ini kerana selain Puteri, anak keduanya Azman (pasangan kembar Azmin) menghidap penyakit kekurangan garam dan kalsium kronik sejak kira-kira setahun lalu.

Keadaan itu menyebabkan badannya susut secara mendadak selain kakinya yang membengkak dan tidak mampu berdiri sendiri.

Anak kembarnya itu dulu aktif walaupun pendiam namun berubah selepas dia diserang penyakit berkenaan yang menyebabkan keadaan fizikalnya susut.

“Pada mulanya, dia mengalami kekejangan otot yang teruk sehingga terpaksa dibawa ke HTAA.

“Doktor memberitahu dia kekurangan garam dan kalsium namun punca sebenar penyakit terbabit tidak dapat dipastikan.

“Akibat penyakit itu, dia menjadi semakin kurus dan kakinya turut membengkak malah pernah suatu ketika bahagian kakinya mengeluarkan air yang berwarna kekuningan serta berbau busuk melalui liang roma,” katanya.

Ramadan ini genap setahun Mohd Nor Azman ditimpa penyakit berkenaan.

Mohd Nor Azman sempat menamatkan pengajiannya di bidang pendawaian elektrik di Kolej Komuniti Kuantan sebelum diserang penyakit terbabit.

“Kini saya hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Goh sebanyak RM500 sebulan selain wang bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk anak bongsu sebanyak RM300 sebulan.

“Hendak diikutkan memang tidak mencukupi tetapi apakah daya, kehidupan terpaksa diteruskan. Mujurlah kami tidak pernah tersisih daripada menerima bantuan kerajaan sebelum ini malah bercadang untuk memohon bantuan daripada JKM untuk anak kedua di samping menunggu bantuan daripada Pusat Kutipan Zakat (PKZ) negeri. Saya sendiri tidak tahu sampai bila saya boleh bertahan tetapi selagi nadi masih berdenyut, selagi saya masih bernafas, segalanya akan saya korbankan untuk Puteri dan Azman,” katanya.

Kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh hubungi Abu Sufian di talian 017-9527127

Choose Z1000 or Swift ?

My Promise For This Year ..
I Will Get 1 From My Choose ..
Hope It Come True ..
Now Just Use LC135 .. So Sick If Back To Village ..
If Take New One .. Surely .. Can Arrive At My Village 4-4.30 Hour
He hE He

Suka Suki

Assalamualaikum ,
Sudah lama aku tidak mengodek2 blog ni hahahah a,
Tengah sibuk bekerja tp mcm tidak bekerja .. apa yg aku nak menulis hari ini adalahhhhhhhhhhhhhh
aku tertengok satu keratan surat khabar berita harian kot .. yg menyatakan yg gaji minimun utk penjawat swasta sebanyak 900 .. ingat 900 cukup ke dkt KL ni ? hmmmm entah apa2 la malaysia ..
ok continue kerja .. bye bye .. next time aku update lg ke ke ke